Dalam kesejukan malam yang sunyi ini, terkenang pula Imam Ghazali yang pernah berkata, “ perlulah dimulakan ilmu Al-Quran iaitu ilmu naqli (rohani) yang akan membentuk diri seseorang menjadi hamba Allah yang baik. Kemudian barulah ilmu naqli (ilmu bersumberkan akal seperti sains, matematik, bahasa dan lain-lain) untuk seseorang menjadi khalifah Allah yang boleh memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara. Peringatan Imam Ghazali ini menunjukkan betapa pentingnya setiap umat Islam mengajar anak-anak mereka Al-Quran.
Al-Quran yang dikirimkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW adalah harta yang tidak ternilai harganya bagi sekalian manusia. Kitab yang mengandungi 114 surah, 6236 ayat ini membekalkan garis panduan hidup di dunia, balasan di akhirat, kisah para nabi dan orang-orang soleh, hukum-hakam, undang-undang, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib di selami oleh setiap insan.
Dalam keghairahan ibu bapa di zaman moden ini yang berlumba-lumba ingin menjadikan anak-anak mereka sebagai penyanyi, pelakon atau pelawak, tentu saja tidak ramai yang mempunyai kesedaran bahawa pengajaran Al-Quran hendaklah menjadi keutamaan. Hanya mereka yang mempunyai pandangan yang jelas tentang hakikat hidup di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi sahaja mampu menongkah arus dan tidak terlalu terikut rentak sebilangan besar manusia yang cintakan dunia dan bencikan mati.
Kata Ibnu Khaldun, “anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar.”
Menjadikan para qari sebagai idola, contoh dan ikutan adalah antara cara terbaik untuk menanam perasaan ingin belajar dan cintakan Al-Quran dalam diri anak-anak. Buat anak-anak saya, saya perkenalkan beberapa orang qari kanak-kanak yang lahir di tanah air kita untuk menjadi ikutan, contoh teladan dan idola mereka. Di samping nama-nama mereka sering saya sebut, suara mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran juga sering dimainkan di dalam kenderaan atau dalam telefon bimbit. Malah, selain daripada nasyid, bacaan mereka juga sering dimainkan untuk mendodoikan anak kecil saya agar tidur dengan nyenyak di dalam buaian. Qari-qari kecil yang dimaksudkan ialah seperti adik Muhammad bin Ahmad Zahid, adik Amir Rafi bin Nordin, adik Muhammad Thaqif bin Haji Fajuri dan adik Ahmad Najib bin Dato’ Mohd. Nasaruddin.
1. Muhammad bin Ahmad ZahidAnak kepada pasangan Penasihat Undang-Undang dan doktor gigi ini kini berusia 17 tahun dan sedang menuntut di Tingkatan 5 dalam aliran Sains Tulen. Pernah menjadi peserta termuda Program Akademik Al-Quran TV9 Musim ke-4 dan berjaya mendapat tempat kedua. Ahmad juga pernah menjadi Johan Perujian Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2007 bagi kategori 1-15 juzuk. Penampilannya sebagai peserta rancangan ‘Mari Bertaranum’ dan muazzin di TV9 sering mencuri perhatian penonton.
Amir Rafi, qari kecil yang berasal dari Johor juga pernah menjadi Johan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Malaysia. Saya pada mulanya menyimpan bacaan beliau dalam bentuk kaset. Kemudian saya pindahkan ke komputer peribadi dan convert menjadi format mp3. Kemudian saya pindahkan pula ke CD dan telefon bimbit untuk lebih mudah didengar.
3. Muhammad Thaqif bin Haji Fajuri
4. Ahmad Najib bin Dato’ Mohd. Nasaruddin.
No comments:
Post a Comment