Pages

Saturday, November 26, 2011

Air Perlis Tertinggi Virus E-Coli?

Merujuk surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.


Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Perlis, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Kelantan. Tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika kandungan E-Coli melebihi 0.4%. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat bagi negeri-negeri berkenaan adalah seperti berikut:


NEGERI

KANDUNGAN E-COLI

Perlis

1.21%

Pahang

1.12%

Wilayah Persekutuan Labuan

1.01%

Kelantan

0.88%

Perak

0.09%


Mengatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai mengandungi E-Coli yang tertinggi adalah satu penyimpangan fakta dan berbau niat yang tidak baik.

Fakta Royalti Minyak Kelantan

Tun Razak menjawab pertanyaan YB. Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 12 November 1975

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."

Tan Sri Chon Hon Nyan, Menteri Tak Berpotfolio menjawab soalan lisan YB. Senator Raja Nong Chik Raja Ishak di Dewan Negara pada Jumaat, 7 Januari 1977.

"Dalam mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Sheif, hak itu sudah pun dibri kepada PETRONAS dan PETRONAS sudah pun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana yang saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada kedua pihak."


Berita Harian, Selasa, 22 November 1983.

Dato' Haji Mohamad Yaacob, Menteri Besar Kelantan (1978-1990) mengatakan, "Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti 5% dari Kerajaan Persekutuan melalui perlombongan telaga gas asli di kawasan zon ekonomi yang bersempadan dengan pantai Kelantan dengan pantai Thailand."

Utusan Malaysia bertarikh 15 November 1989 (Bertajuk Usaha Carigali Minyak Disegerakan)

Dato' Haji Mohamad Yaacob berkata, "Petronas telah menawarkan sebanyak sembilan blok, kawasan luar pantai negeri Terengganu dan Kelantan kepada syarikat-syarikat minyak asing dan anak syarikatnya iaitu Petronas Carigali."

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gadam ketika menjawab soalan YB. Senator Hassan Harun di Dewan Negara pada Selasa, 4 April 1989.

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, akan maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Sinar Harian (muka surat N2), 5 November 2009.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah ialah
Pengerusi Pertama PETRONAS dan
bertanggungjawab merangka Akta PETRONAS

Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, " hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperolehi bayaran tunai 5% atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya 'satu penghinaan kepada kebijaksanaan' seseorang."


Tuesday, November 1, 2011

Pusat Beku Projek RAKR di Kelantan Sejak 1990

Sejak Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK-6) sehingga RMK-9, sejumlah RM91.6 juta yang sepatutnya diberi kepada kerajaan Kelantan oleh kerajaan Pusat bagi melaksanakan Projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) langsung tidak diterima. Peruntukan tersebut bagi RMK-6 sebanyak RM25 juta, RMK-7 (RM24 juta), RMK-8 (RM34.6 juta) dan RMK-9 (RM8 juta).

Ekoran halangan tersebut, kerajaan negeri terpaksa mencari jalan dengan mengeluarkan belanja sebanyak RM 3 juta setahun di samping mengadakan kerjasama dengan pemaju swasta bagi membina projek RAKR sejak 1990 sehingga kini dalam skala lebih kecil.

Di Sini Ada Menjual Susu Ibu

Saya agak terperanjat sebaik saja membuka sebuah peti sejuk yang menyimpan begitu banyak susu ibu kepunyaan kawan saya ketika menginap selama 3 hari di rumahnya yang terletak di Taman Tun Perak, Rawang minggu lalu. Stok susu ibunya bagaikan stok susu di kedai. Secara berseloroh saya katakan padanya, letakkan papan iklan yang berbunyi, "Di Sini Ada Menjual Susu Ibu"di pintu pagar rumah. Susu yang diperah menggunakan pam berkuasa lektrik itu terhasil dengan memakan sejenis pil bagi menggalakkan penghasilannya.

Selain dapat menjimatkan wang untuk membeli susu dari kedai, anak-anaknya dapat menikmati susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat yang tersendiri. Susu ibu yang diperah itu disimpan untuk diberikan kepada bayinya sepanjang dia pergi bekerja.

Stok susu ibu dalam simpanan kawan saya.

Susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Selain mengandungi sel hidup, susu ibu turut mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lebih lama. Susu ibu boleh bertahan antara 3 hingga 6 bulan jika disimpan di bahagian beku dengan suhu -18 hingga -20 darjah celcius.