Buku setebal 437 muka surat
ini terus saya impikan sebaik sahaja mengetahui kelahirannya melalui laporan
harakahdaily. Malis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS,
Hj. Mohammad Sabu telah berlangsung di pusat beli belah Mid Valley Mega Mall,
Kuala Lumpur pada 12 Disember 2011 yang lalu. Saya adalah antara pembaca yang
amat meminati tulisan Hj.Subky Latif, penulis dan wartawan veteran yang tidak
asing lagi dalam dunia kewartawanan tanah air.
Subky bersama-sama Hj. Mohammad Sabu dan
Datuk A. Samad Said dalam majlis pelancaran buku
Anak Apak
Subky Latif atau nama sebenarnya Ahmad Subki bin Haji Abdul
Latif telah dikenali dalam bidang penulisan rencana dan sebagai kolumnis akhbar
sejak tahun 60-an lagi. Beliau bukan sahaja pernah bertugas sebagai wartawan di
Utusan Melayu malah turut menjadi pengasas akhbar Suara Rakyat, Suara Merdeka,
Watan dan Harakah. Subky yang dilahirkan pada 28 Julai, 1940 di Sungai Parit,
Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Lekir, Sitiawan, Sekolah Swasta Mathodist Afternoon School Sitiawan dan Mathodist Afternoon School,
Pulau Pinang. Dalam bidang kewartawanan pula beliau pernah mengikuti pengajian
dalam Diploma Kewartawanan dan melanjutkannya hingga ke Institute Fur Journalismus,
Berlin Barat.
Sejak mula melaporkan diri sebagai petugas di Utusan Melayu
pada 1 Oktober 1963, Hj. Subky tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Sehingga
kini beliau masih aktif menulis sebagai kolumnis akbhar Harakah. Menyedari
banyak pengalaman dalam bidang kewartawanan yang perlu dikongsi dengan pembaca,
Hj. Subky menghasilkan sebuah penulisan memoir yang amat bermakna.
Sebagaimana yang tercatat di bahagian belakang kulit buku, "Memoir
Politik Kewartawanan yang diberikan judul Anak Apak, membentangkan pengalaman
hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah-tengah
masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim
Jepun melanda Tanah Melayu."
"Memoir ini diberi judul Anak Apak justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah. Tetapi saya tidak menjadi Tok Guru seperti Apak. Ada sebabnya; kejatuhan ekonomi, sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat tiba-tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal tahun 50-an."
"Apak tidak menjadi aktivis politik dan tidak berminat dalam dunia persuratkhabaran tetapi saya menjadi wartawan dan aktivis politik sepenuh masa."
"Saya terdedah dengan alam politik sejak zaman kanak-kanak dan boleh memahami politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang politik. Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua. Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70-an sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah-olah demok rasi seperti akan berakhir di Malaysia."
"Semoga Memoir Anak Apak ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat. Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan Memoir ini."

Saya yang amat meminati penulisan memoir tokoh-tokoh
politik, penulis dan wartawan, menanam cita-cita untuk memilikinya. Oleh yang demikian "Anak Apak" tidak boleh saya lepaskan. Bagaimana
pun, puas saya mencari dan bertanya di kedai-kedai buku tetapi tidak juga menemui
buku istimewa ini. Akhirnya buku terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd. ini ditemui juga di
sebuah gerai menjual buku selepas mendengar kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu pada 6 April yang
lalu. Alangkah gembiranya saya, bagaikan bulan jatuh ke riba. Terus saya beli
dengan harga RM 23.00 tanpa sempat berkira-kira dan berfikir panjang lagi . Kini, siang malam saya kepit buku ini. Sehingga kini masih belum puas menatap, membelek dan membelainya.
No comments:
Post a Comment