Pages

Tuesday, October 12, 2010

Fakta Air Kelantan

Kronologi Masalah Air di Kelantan.

1. Kerajaan pusat membekukan peruntukan untuk meningkatkan kemudahan bekalan air bersih di Kelantan pada 1990 sebaik sahaja Barisan Nasional tewas di negeri itu . Peruntukan sebanyak RM80 juta yang diluluskan sebelum itu pun turut berkubur.

2. Keadaan ini menyebabkan projek bekalan air Kelantan Utara bermasalah. Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri telah menswastakan pengendali bekalan air kepada sebuah syarikat bernama Thames Water Sdn Bhd.

3. Kemudian, Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah mengambil inisiatif memiliki sepenuhnya ekuiti dalam Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) bagi membolehkan pengurusan air dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

4. Pada tahun 2001, kerajaan pusat hanya meluluskan soft loan kepada Kelantan 'di atas kertas' sebanyak RM600 juta bagi melaksanakan projek bekalan air yang sering terganggu. Hal ini berlaku hanya di period terakhir pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun nilaian projek sebenar yang diterima oleh kerajaan negeri hanya lebih RM300 juta dan bukannya RM600 juta seperti diluluskan dan di hebohkan ke 'seluruh dunia'. Menurut anggota Exco Kerajaan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, "Biar pun projek itu diluluskan kepada kerajaan negeri, namun segala projek, tender dan pelantikan kontraktor ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak ada kuasa langsung untuk melantik kontraktor." Katanya lagi, "biar pun begitu, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama penuh.”

5. Dalam kepayahan, usaha terus dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini. Kini lebih 70 peratus penduduk di Kelantan menikmati bekalan air bersih. Selain itu, kerajaan negeri juga turut mempunyai perancangan sehingga tempoh 30 tahun bagi menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.

Soalan uji minda:
Apakah yang akan dialami oleh lain-lain negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional jika tiada bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Pusat?

No comments:

Post a Comment