Pages

Saturday, December 31, 2011

Variasi Warna 2011

2012 yang terjenguk-jenguk mengintai sejak beberapa hari lalu telah jelas menampakkan wajahnya hari ini. 1 Januari 2012 adalah permulaan baru untuk sebahagian lagi babak kehidupan kita di dunia sementara ini. Namun tahun 2011 tidak mungkin dapat dilupakan begitu saja. Pelbagai variasi warna telah tercalit di kanvas kehidupan kita. Dalam tarikan dan hembusan nafas, saya sebagai insan biasa turut berpeluang menikmati pelbagai warna itu. Berikut adalah sebahagian daripada variasi warma dalam kehidupan saya pada tahun 2011.

1. Berpindah ke Kelantan

Akhirnya dapat juga saya bertugas di negeri kelahiran setelah kira-kira 16 tahun berada di Kuala Lumpur (2 tahun setengah di Institut Bahasa dan lebih 13 tahun berkhidmat sebagai guru).

Bertugas di SK. Perasu, Gua Musang bermula
1 hingga 23 Januari 2011.


Bertugas di SK. Jeram Tekoh bermula 24 Januari 2011
hingga sekarang.


2. Ahmad Wazif Melangkah ke Alam Persekolahan (anak sulung)

Ahmad Wazif mula bersekolah pada usia 4 tahun


Ahmad Wazif (duduk 4 dari kiri) bergambar kenangan
dengan rakan-rakan.

3. Kelahiran Ahmad Nasiim

Ahmad Nasiim keluar dari perut ibunya pada hari
Khamis, 9 Jun, 2011, pukul 2.42 petang di Hospital
Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.


Ahmad Nasim selepas beberapa jam dilahirkan.


Isteri solehah (ibu Ahmad Nasiim) tetap memelihara
auratnya ketika di hospital walaupun tidak ramai ibu
bersalin yang berbuat demikian.

Ahmad Nasiim kini berusia 6 bulan.


4. Ahmad Aakif Patah Tangan

Ketika keletihan kerana sejak awal pagi bangun mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pada pukul 3 petang, hari Jumaat, 19 Ogos 2011, saya dikejutkan dengan peristiwa malang. Ahmad Aakif yang riang bermain terjun tangga dengan abangnya telah mengalami kecederaan pada bahagian siku. Saya terpaksa berkejar ke hospital untuk membawa Aakif ke Unit Kecemasan. Setelah semuanya selesai dan menghantarnya ke rumah, saya bergegas pula ke dewan peperiksaan dalam keadaan mengantuk dan penat kerana berpuasa Ramadhan.



Ahmad Aakif dibawa ke Unit Kecemasan,
Hospital Raja Perempaun Zainab II, Kota Bharu
pada 19 Ogos 2011 untuk mendapat rawatan.


Tangan yang patah kelihatan membengkak.


Seminggu kemudian Ahmad Aakif ditahan di hospital
untuk rawatan lanjut (28 Ogos 2011).


Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, Ahmad Aakif dibawa
ke Dewan Bedah.


Menanti untuk dibius.


Inilah besi (K-Wire) yang dimasukkan ke tulang Aakif untuk
mencantumkan semula bahagian yang serpih.


Ahmad Aakif bergaya dengan tangan bersimen.


5. Menyiapkan Penyelidikan Tindakan

Laporan Kajian ini dikemukakan untuk memenuhi syarat
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
di Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia.

Thursday, December 8, 2011

Hadiah Rumah Menanti Khairul Fahmi Che Mat

Sebuah rumah banglo yang dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah siap dibina dan menanti masa yang sesuai untuk diserahkan. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, YB. Abdul Latiff Ab. Rahman, banglo itu akan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar. Bagaimana pun menurutnya lagi, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh kerana Menteri Besar mempunyai banyak urusan yang tidak dapat dielakkan, sementara Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. Banglo tersebut dihadiahkan untuk Khairul Fahmi kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun lalu.