Pages

Tuesday, September 28, 2010

Kami Sebagai Orang Bisnes Sanggup Melabur - Pengurus Besar Habib Jewels

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang. Kerana itu kami sebagai orang bisnes sanggup melabur di negeri ini dalam eset yang lain pula (bidang perhotelan),” - Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader.

Pulut Bertemu Durian

Kemunculan 2 bintang popular ke rumah saya malam semalam bagaikan 'pulut bertemu durian '. Alangkah enak, lemak dan manisnya pulut apabila bertemu durian. Itulah andaian yang boleh dikatakan tepat untuk menggambarkan pertemuan saya dengan Zahir (Ed) dan Suhaimi, rakan baik yang telah beberapa tahun tidak ditemui. Bagaimana pun pulut durian bagaikan tidak sempurna tanpa santan dan gula. Pertemuan ini banyak kekurangannya tanpa kehadiran rakan-rakan lain yang turut sama-sama mencipta kenangan di rumah bujang di Taman Lucky dan Taman Tan Yew Lai, Jalan Puchong seperti Zambri, Yus, Azhar, Din, Zahir Kasa , Awang, Pak Sheikh, Lenggong, Wan, Pak On dan lain-lain.


Ed (kiri) dan Mi (kanan) melemparkan senyuman manis untuk peminat-peminatnya (rakan-rakan yang terhibur dengan gelagat mereka). Ed bagaikan penghibur kepada kami. Kebolehannya menyanyikan pelbagai lagu, memetik gitar dan melawak, menjadikan penghuni rumah bujang tidak kering gusi dengan telatahnya. Sesekali saya terkenang pada telatahnya yang mungkin sudah tidak dapat disaksikan lagi kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri selepas berumahtangga. Namun, pertemuan singkat pada malam Isnin lalu, telah sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada kenangan lalu yang amat berharga itu.

Ed termenung mengenang masa lalu yang telah pergi meninggalkan kami. Mungkin itulah juga yang bermain di fikiran Suhaimi. Suhaimi, lelaki yang sentiasa tersenyum walau dalam keadaan apa sekali pun.

Monday, September 27, 2010

ADUN Galas Meninggal Dunia


Adun Galas, Chek Hashim Sulaiman, telah kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, kira-kira jam 4.30 petang tadi. Allahyarham yang berusia 47 tahun mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru dan menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada bulan Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Turut memberi penghormatan terakhir di hospital berkenaan ialah Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan. Jenazah di bawa pulang ke kampung halaman beliau di Gua Musang untuk disemadikan. Al-Fatihah.

Friday, September 24, 2010

Hantu Meracau: Siapa Tuan?

Keratan akhbar Utusan Borneo bertajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010

Majlis Pelancaran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu (pengerusi eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab berbaju kuning sedang bersalam dengan Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan).
.


Pengerusi Eksekutif I'Da World Group Sdn Bhd , Abdul Rahim Abdul Wahab sedang bersalam dengan Tan Sri Khalid Yunus, Presiden Pendaki Malaysia.

Pengerusi Eksekutif I'Da World Group Sdn Bhd , Abdul Rahim Abdul Wahab sedang bergambar kenang-kenangan dengan yang lain.

Misteri hantu 4 Billion semakin terbongkar. Bomoh sedang mengesan siapa tuan.

Thursday, September 23, 2010

Siapakah Wanita Pertama?

Perlembagaan Malaysia: Bab 1 - Ketua Utama Negara

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

(4) Peruntukan Bahagian I dan III Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong.

Tuesday, September 21, 2010

Monday, September 6, 2010

Getaran Suara MB di Manis FM

Ketika tembok stesen radio milik kerajaan (Radio RTM) masih gagal ditembusi oleh getaran suara mana-mana pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, suara Menteri Besar Kelantan yang sah lantikannya mengikut perlembagaan itu bergetar di gelombang Manis FM (sebuah stesen swasta) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Suara ulamak terkenal itu berserakan di udara 90.6 FM (Kelantan), 102 FM (Trengganu) dan 96.5 FM (Pahang) melalui rancangan 'Tazkirah Ramadhan' yang disiarkan setiap hari.

Rancangan tajaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu keudara pada pukul 7.00 pagi, selepas azan zohor, selepas azan asar dan pukul 7.00 malam. Bagaimana pun siaran selepas azan zohor akan keudara pada pukul 12.45 tengahari pada hari Jumaat.

Rancangan tajaan selama 5 minit itu juga dapat diikuti melalui laman web radio berkenaan di http://www.manis.fm/