TIDAK ketinggalan mengikut rentak arus pemodenan negara, pasar Dewan Beta yang dikenali sebagai Kedai Dewan oleh masyarakat tempatan kini berwajah baru. Bangunan baru berdiri teguh, menggantikan pasar lama yang sudah berusia lebih 30 tahun. Bangunan pasar baru yang dilengkapi pelbagai kemudahan ini dijangka dapat memberikan keselesaan kepada peniaga dan orang ramai.
Kedai Dewan yang terletak di daerah Beta dalam jajahan Kota Bharu ini menjadi tumpuan penduduk kampung sekitar seperti Lundang Paku, Atas Pengget, Keladang, Kedai Piah, Kg. Paya, Serian, Beta Hilir, Beta Hulu, Chekeli, Kor, Jias, Bunut Satut, Stan, Masar, Langgut, Padang Layang dan Larak untuk mendapatkan barang-barang keperluan dari pasar atau kedai-kedai runcit sekitarnya. Peranan itu tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini walaupun wujudnya persaingan sengit daripada pasaraya-pasaraya di beberapa kawasan berhampiran.
Dikenali dengan 'hari kedai', pasar Dewan Beta yang beroperasi pada setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis menarik tumpuan ramai. Daripada pelbagai jenis makanan hinggalah kepada pelbagai jenis barangan ada dijual oleh peniaga-peniaga yang datang dari merata tempat.
Antara makanan yang saya suka dijual di kedai Dewan ialah seperti tepung pelita, apam, kuih kosu, akok, cik mek molek, koleh ubi, lepat ubi, lepat pisang, pulut bakar, putu halba (putu piring), puteri mandi, ondeh-ondeh, kuih lapis, seri muka selain turut menggemari mee goreng, bihun goreng, kacang rebus, nasi kerabu dan etak salai. Dan setiap kali ayah pulang dari kedai Dewan sebaik selesai kerjanya, kami adik beradik akan berlari mendapatkan beg plastik yang ayah bawa pulang untuk melihat apakah makanan yang boleh dinikmati. Seingat saya, kuih yang gemar ayah belikan ialah bengkang dan lompat tikam.
Waktu saya masih kecil, ayah memiliki sebuah kedai jahit di kawasan kedai Dewan. Dengan kedai yang disewa daripada gemulah (arwah) Mat Wahab itulah ayah menyara kehidupan kami sekeluarga. Ketika itu hanya wujud kedai jahit ayah saya sahaja di kedai Dewan. Dengan panggilan 'Pak Ya Tukang Jahit' ayah saya dikenali rata-rata penduduk sekitar.
Kadang-kadang, selepas habis waktu persekolahan, saya yang menuntut di Sek. Keb. Dewan Beta yang terletak tidak jauh dari situ, singgah di kedai ayah untuk pulang bersama-samanya menjelang petang. Ayah mengayuh basikal, saya membonceng di belakangnya. Kenangan itu masih bertaburan di sepanjang jalan antara Dewan Beta dan Kg. Chekeli.
Ketika di Tingkatan satu, saya mengikuti persekolahan sesi petang di Sek. Men. Mulong. jika 'hari kedai' pada sebelah pagi, saya sempat ke kedai membeli makanan kegemaran iaitu nasi kerabu tumis dan etak. Alangkah enaknya menikmati nasi kerabu dengan etak. untuk lebih banyak, saya akan mencampurkan nasi kerabu dan budu dari rumah.
Kini semuanya telah dihanyutkan oleh gelombang waktu. Yang tinggal hanya butir-butir kenangan yang masih bertabur di kaki lima kedai Dewan. Panorama kedai Dewan telah diabadikan dengan indah oleh penyair Leo A.W.S dalam sajaknya 'Dari Dewan Beta' yang disiarkan di akhbar Mingguan Watan pada 31 Disember 1995.
DARI DEWAN BETA
(Berpagi-pagi aku di kedai Dewan Beta; hari kedainya 3 kali seminggu)
Pada lantai aspal laman kedai
para peniaga kecil mula membentangkan
barangannya di khemah kain tikar
kertas plastik, di gerai-gerai batu
berbangsal kayu berlumut kelabu - pun
pelbagai jenis makanan; nasi lauk kuih -
muih serta sayur-mayur
Tiba musimnya para pemajak kecil duku
Dewan yang manis masyhur seluruh
negeri itu mengaut rezekinya dari
beratus kilo-raga buahnya, di gerai-gerainya
sepanjang jalan...
Dan tiba musimnya para peraih kecil
durian Tuk Lituk melonggokkan harga-
bangga pada berbiji-biji buahnya;
Tuk Lituk semakin terkenal di seluruh
negara - dicari-beli dek penggemar
durian eksklusif!
Manakala di kedai-kedai kopi, para
penyokong politik Barisan mahupun
Angkatan; sambil minum mereka berbahas
seloka - hingga sesekali, pak-pak
menteri (bahkan Perdana Menteri pernah)
mengunjungi Dewan Beta
Tetapi - wahai, jika adalah pemimpin
watan ini: Bawalah bersama makna
wawasan negara!
Leo A.W.S
Dewan Beta.

salam. saya ada terima sms dari sdr leo aws ada forward sms sdr ttg topik posting ni, sdr leo minta saya tengok blog sdr ni. lalu saya kunjungi segera.saya seangkatan dengan leo dan tidak putus berhubungan dengannya. tahniah!!
ReplyDeleteindah blog sdr ni. teruskan mencatat & berkarya.saya juga berblog, di: http://tamupulaumelaka.blogspot.com
http://keroncongdariana.blogspot.com dan
http://abdulhadi035333.multiply.com
saja2lah mengisi luang di rumah...sambil mengasah kembali bakt dan minat.
dipersilakan berkunjung dan bersilaturrahim.
salam tahun baru 2010M. moga beroleh kebahagiaan zahir batin. saya ada baca catatan sms sdr tu.terimakasih kerana add 'tamupulaumelaka' di blog 'getaran jiwa'. masih ada dalam simpanan saya buku antologi ketiga saya 'negeri di bawah bulan' (ujung 2008), saya terbitkan di bawah pdp sdr leo. saya akan poskan jika ada alamat sdr bersama sedikit rm kosnya. insya Allah. selamat meneruskan azam dan usaha. teruslah berkarya.
ReplyDelete