Sajak terbaharu saya di Mingguan Malaysia semalam ( Ahad, 24 Januari 2010). 'Perempuanku', hadiah istimewa untuk isteri tercinta. Jika orang lain menghadiahkan barang kemas yang berharga beribu-ribu untuk isteri, saya hanya menghadiahkan sekuntum sajak.
PEREMPUANKU
Perempuanku
kugenggam jejarimu, kugenggam
sejuknya tanah kuburanku,
kucium pipimu, kuhidu wangian
kembang dari taman firdausi
mengusap rambutmu
adalah mengusap helaian rambut
sang bidadari.
Memeluk tubuhmu
adalah memeluk jasad sesudah mati
tidurku denganmu
adalah tidur di kuburanku
kita seperti pengantin baru
Perempuanku
kutanam dalam tubuhmu
benih-benih pepohonan syurga
kan tumbuh pepeohon rimbun
kelak menaungi ruang pusaraku.
Sirami pepohonan itu
dengan air tangis malammu
kekal suburnya tidak bermusim.
IZANI ZAKARIA
Kuala Lumpur.
Izani,
ReplyDeleteAduh sejuknya dapat suami macam ni. Romantik gitu!
Tahniah untuk sajak ini, dan kerana menjadi lelaki yang menghargai wanita.
Semoga lebih ramai lagi suami mithali seperti saudara.