Inilah rumah saya di no.17 Jalan Kemboja 4C/12, Sek.BS8, Bukit Sentosa 3, Rawang, Selangor. Rumah teres satu tingkat ini saya sewakan sebelum ini. Rasanya sudah sampai masanya untuk saya jualkan rumah yang dibeli pada tahun 2000 ini kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM 85,000 sahaja. Murahkan? Harga boleh dirundingkan juka anda serius untuk memilikinya.
Inilah masjid Bandar Bukit Sentosa yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Cantik, bersih dan selesa untuk kegunaan umat Islam.Kawasan rumah saya dilihat dari jauh. Bersih, tenang dan mendamaikan. Jika tidak bekerja jauh di Kuala Lumpur, dah lama saya tinggal di sini.
Deretan kedai runcit dan kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Ini memudahkan penduduk sekitar untuk mendapat bekalan barangan tanpa perlu keluar jauh dari kawasan ini.
Taska yang terletak selang beberapa buah rumah dari rumah saya. Masalah penjagaan anak dapat diatasi.
Pondok Polis Komuniti Bukit Sentosa terletak di belakang rumah saya. Insya-Allah keselamatan terkawal.
Jalan menuju ke Bukit Sentosa 3 dari Bukit Sentosa 1 & 2. Kawasan perumahan dan kedai di kiri kanan jalan.
No comments:
Post a Comment