Pages

Friday, January 1, 2010

Budak Kelantan Buka Seluar ?

'Budak Kelantan', bukan sekadar gosok-gosok benda dalam seluar, tetapi buka seluar? Dalam posting sebelum ini saya ada menyentuh tentang 'bangkai' yang terdapat dalam filem 'Tersasar Dari Jalanmu'. Kebetulan, entah macam mana, adik ipar saya terbeli VCD filem 'Budak Kelantan' lakonan Danny, Asrul Faizal Kamaruzaman dan Bienda beberapa bulan lalu. Tidak pernah berlaku dalam hidup saya setakat ini, saya membakar wang untuk membeli walau sekeping VCD filem. VCD ceramah banyaklah.

Apabila adik-adik ipar saya mainkan filem karya dan arahan Wan Azli Wan Jusoh itu, saya tumapang jeling. Mungkin ada sesuatu yang hebat pada filem 'Budak Kelantan'.

Sekonyong-konyong muncullah satu babak yang amat memalukan orang-orang yang 'beriman' dan 'bertaqwa'. Ketika Buchek (watak dalam filem 'Budak Kelatan') dan rakan-rakannya yang dirasuk nafsu binatang hendak merogol seorang gadis, gambaran kejadian ditunjukkan sejelas-jelasnya. Babak yang tidak perlu itu bermula dengan Buchek dan kawan-kawannya memegang gadis itu beramai-ramai.

Buchek dilihat membuka tali pinggang dan seluar jeans yang dipakainya. Lalu ditunjukkan peha gadis itu yang sudah terkangkang kerana dipaksa dan ditarik oleh kawan-kawan Buchek yang rakus. Peha Buchek yang berbulu pun bercantum dengan peha peha gadis itu. Tidak cukup dengan itu, ditunjukkan susuk tubuh Buchek dan pehanya yang bergerak secara berulang kehadapan dan ke belakang di samping wajahnya yang mabuk dalam kenikmatan yang memuncak.

Apa ni? Malunya, Allahu akhbar! Adik-adik ipar perempuan dan emak mertua saya di hadapan TV kelu tidak terkata. Hanya mulut dan hati saya yang lantang menyebut, "gila! Gila! Gila!," kepada pembikin filem yang tak tau malu itu. Kalau iya pun dia tak tau malu, janganlah ingat semua penonton pun tak tau malu. Macamlah penulis skrip dan pengarahnya tak ada ibu, anak, adik beradik atau saudara mara perempuan.

Saya hanya membayangkan ahli keluarganya yang terdekat menyaksikan babak itu. Ke mana perasaan malunya? Adalah mustahil untuk ahli keluarga terdekat tidak berasa teruja hendak menyaksikan filem karya dan arahan ahli keluarga mereka. Sama juga dengan pelakon yang tak tau malu tu. Kalau sekali pun dia sudah tidak ada perasaan malu pada orang lain, malu pada keluarga sendiri cukuplah. Akal saya tidak boleh menerima bagaimana emak atau ayah atau anak atau adik beradik perempuannya menyaksikan kelakuan dia sedang merogol seorang gadis dalam sebuah filem. Biol saya berfikir. Maaf, barangkali kepalanya sudah tersumbat atau malu telah hilang ditiup syaitan kerana terlalu banyak menonton filem lucah?

Teringat pada kata-kata seorang ustaz dalam satu tembual di Radio IKIM.fm. Katanya, kebanyakan pembikin-pembikin filem hari ini, amat gemar menonjolkan perilaku yang tidak baik melalui filem, umpamanya dunia mat motor, pelacuran, bohsia, gay dan lain-lain. Kononnya cerita yang dipaparkan adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Tetapi apa yang di ajar? Bukan sifat-sifat baik yang dipelajari oleh penonton tetapi secara tidak langsung, mereka lebih suka dan berminat kepada perkara-perkara negatif yang digambarkan melalui sesebuah filem itu.

Kata ustaz itu lagi, nilai-nilai yang baik itu pun kalau ada hanya di hujung cerita. Selebihnya banyak yang tidak baik. Kalau ada pun hanya 1% sahaja. Selebihnya, 90% itulah yang menjadi ikutan. Apa yang menyeronokkan dan sering tertayang dalam fikiran remaja apabila menyaksikan filem 'Budak Kelantan' adalah bukan pengorbanan Jaha yang sanggup menghadiahkan Che Nor kekasihnya kepada Buchek demi mengharapkan perubahan berlaku kepada kawannya itu, tetapi aksi-aksi lucah Buchek ketika hendak merogol seorang gadis.

Filem 'Budak Kelantan' saya simpulkan sebagai satu lagi FILEM SAMPAH yang hanya menambahkan racun berbahaya dan boleh membunuh kemurnian pemikiran masyarakat Malaysia. Bagi yang belum menonton dan berhasrat untuk menontonnya, batalkan saja niat anda. Tidak ada sesuatu pun yang boleh diambil daripada filem 'Budak Kelantan'. Yang ada hanya sampah sarap yang tengik, hapak, masam, hanyir dan meloyakan. Menghabiskan boreh (beras) adalah.

2 comments:

  1. Pernah 'ada'kah artis dan pembikin filem yang betul beriman dengan wujudnya HUKUM HARAM bila mereka lakukan perbuatan DOSA itu?
    kEBANYAKAN mereka jahil dan ahli maksiat, di samping mengajak orang lain sama ada penonton. peminat dan penggemar ikut berdosa.
    Sebahagian mereka adalah munafiq...Secara rawaknya tidak ada rezeki yang HALAL melalui lakonan dan nyanyian.

    ReplyDelete
  2. pembikin felem lani xubah mcm cicak tekepit di pintu nk buat filem baik2 ore xmau tgk.buat filem x baik 2 pakat serbu panggung dpt byk untung.duitpun penuh kantung.dunia rasa2 dah cukup untung. mampuih esok pakat rentung.bukan felem je media lain pun serupa semua dah xleh lepa asyik2 gampar peha22 sampai tok aji pun lani asyik nk kerabat(panjat) tak kira sapa.cerita org baik buat jahat sgt2 disuka org jahat2 buat jahat2 dibela2 ...contoh bg sendirilah..

    ReplyDelete