Pages

Wednesday, November 24, 2010

Wajah-wajah yang Paling dirindui di RTM

Enam tahun bergelar warga RTM, membolehkan saya berkenalan dan berkawan dengan ramai petugas badan penyiaran tertua di Malaysia itu. Ramai yang telah saya kenal melalui radio mahu pun TV dan ramai juga petugas-petugas baru yang terdiri daripada kakitangan tetap, artis berjadual, artis kontrak mahu pun artis piecemeal. Melangkaui sempadan gender, kebanyakan daripada mereka menjadi kawan baik saya. Wajah mereka sering timbul dan tidak pernah lenyap dari ingatan seni saya biar pun telah empat tahun meninggalkan RTM yang penuh kenangan manis itu. Apa lagi wajah-wajah mereka sering terpampang di facebook saya.

Agak ramai teman-teman rapat saya di RTM. Ada yang masih bertugas sama ada di Angkasapuri mahu pun di stesen-stesen negeri dan ramai juga yang telah bersara. Tentu mengambil ruangan yang besar jika kesemua wajah mereka hendak saya paparkan di ruangan ini. Saya hanya memilih beberapa wajah yang sering mencuri ingatan saya saban hari. Antaranya seperti Fauziah Zakaria, Nur Liza Yeo Abdullah, Adibah Affendi, Shahizan Jelas, Azizah Sulaiman dan Rohani Zahid.

Kak Fauziah Zakaria kini bertugas di Sarawak FM. Walaupun jauh di Bumi Kenyalang, kami sentiasa mengirim berita melalui telefon, facebook atau pun komen-komen melalui blog masing-masing. Pernah bertugas bersama-sama di Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL).

Kak Liza Yeo Abdullah, terasa seperti bertemu setiap hari. Penyiar berasal dari Sarawak ini rajin bertanya khabar melalui facebook mahu pun telefon.

Kak Adibah Affendi, selain sering bertanya khabar di facebook, suaranya masih keudara melalui Klasik Nasional. Terasa seperti berhadapan dengan orangnya.

Kak Shahizan Jelas, hubungan saya dengannya seperti adik dengan kakak. Biar pun setelah saya meninggalkan RTM, kami jarang berhubung, namun suara merdunya tetap menghantui ingatan saya. Saya mula meminati suara Shahizan Jelas sejak masih di tingkatan 1 (1987) sehingga kini.

Kak Azizah Sulaiman, kelembutan dan kebaikannya melekat di hati saya hingga kini. Sudah agak lama tidak berbual dan bertanya khabar. Gambar dirakam di pejabat RMKL pada tahun 2003.

Kak Rohani Zahid, pernah bertugas bersama-sama saya di Klasik FM. Kemesraannya dan kebaikannya masih segar di ingatan. Kak Ani juga rajin bertanya khabar melalui facebook. Berdiri di sebelah, dj Harris (Mohd. Nor (Klasik Nasional).

8 comments:

  1. Assalamualaikum sahabat lamaku zani..demo ngaja mano loni?

    ReplyDelete
  2. Opppss sory..lupa nk introduce sat td..kawe ni hafeez ex-rmkl..hehehe

    ReplyDelete
  3. Bila terdengar lagu bayangan wajah duka oleh arwah abg nasier wahab kawe teringat jah ke demo. Demo sokmo spin lagu tu bila on air dlu. Kebetulan baru semalam arwah kesayangan kita tu kembali ke pangkuan illahi. Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. Dulu saya pendengar tegar radio dari radio nasional hingga bertukar radio klasik

    ReplyDelete
  5. Seronok membaca catatan Izani pasal DJ RMKL ni. Tulislah lagi cerita2 begini.

    ReplyDelete
  6. Salam! Saya tengah buat edit rakaman beberapa audio clip lama rancangan RMKL Kelas Bahasa utk dikongsikan dlm You Tube dan harap2 dpt diminati oleh semua DJ & pendengar sekalian! TQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh dihubungi melalui FB dgn email-bojongkia@yahoo.com

      Delete
  7. suara2 DJ yg tetap dl memori setelah 30 thn berlalu💕

    ReplyDelete