Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).
Berita Harian: Isnin, 28 Jun 2010
Dua
Isteri saya telah mendaftar sebagai pemilih melalui wakil parti politik pada Jun 2006. Bagaimana pun namanya tidak tersenarai dalam daftar pemilih sehinggalah menjelang November 2007, dia mendaftar sekali lagi melalui kakitangan SPR yang membuka kaunternya di Muzium Negara ketika SPR mengadakan Pameran 55 Tahun SPR. Menurut kakitangan SPR yang menjalankan pendaftaran, isteri saya akan berpeluang menjadi pemilih jika pilihanraya diadakan pada Februari 2008. Apa yang terjadi, sehingga pilihanraya yang ke-12 pada Mac 2008 berlangsung, nama isteri saya masih belum tersenarai. Hancur berkecailah harapan isteri saya untuk menjadi pemilih dalam piliharaya bersejarah itu. Kini setelah lebih dua tahun mendaftar sebagai pemilih buat kali keduanya, nama isteri saya masih belum tersenarai dalam daftar pemilih. Saya belum sempat untuk menelefon pihak SPR bagi menghamburkan isi hati saya yang kecewa dan sudah hilang sabar. SPR tidur ke?
Baca artikel di bawah yang ditulis oleh seorang bloger. Ada kaitannya dengan 'melayu malang'.
Daftar Online Selesai Semua Masalah
http://mutaligat.blogspot.com/ |
Berita Harian hari ini memuatkan berita bahawa nisbah kaum yang mendaftar sebagai pemilih baru 1:40 antara Melayu dan Bukan Melayu memang sesuatu yang tidak memelikkan. Masalahnya sekarang kita berasa hairan dan pelik mengapa kerajaan tidak mahu memberikan kuasa kepada SPR dan JPN untuk menjalankan pendaftaran secara automatik seperti yang telah lama dituntut oleh BERSIH dan Pakatan Rakyat |
No comments:
Post a Comment