Monday, November 30, 2009
Banyak Posting Tersangkut di CC
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Sate Kuala Krai
SETIAP kali pulang ke kampung isteri di Kuala Krai, saya dan isteri tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan sate di salah sebuah restoran di bandar Kuala Krai. Biar pun nama dan restorannya tidak sebenar ‘Sate Samuri’ atau sate-sate kajang yang lain, namun rasa sate di sini telah berjaya menambat hati saya sekeluarga. Daging segar lembu kampung yang lembut dan manis ditambah daging ayam yang lemak, lembut dan segar, membuatkan kami sentiasa terkenang akan keenakannya. Setiap kali pulang, kami akan melepaskan rindu dendam sepuas-puasnya.
Kalau dulu saya sering terkenang kelazatan sate Kajang. Namun setelah berkenalan dengan sate Kuala Krai, segala ingatan terhadap sate kajang semakin hilang. Percayakah anda, kalau saya katakan, kelazatan sate Kuala Krai jauh mengatasi kelazatan sate Kajang. Kelazatannya turut diakui oleh ramai teman saya yang telah mencubanya. Yang minat tahap kritikal isteri sayalah. Saya terpaksa meredah kesesakan jalan raya dari Sg. Sam ke bandar Kuala Krai yang biasanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja. Namun hari ini saya terpaksa mengambil masa lebih satu jam.
Cuti sempena Aidiladha memanggil perantau untuk pulang ke kampung halaman. Jalan raya di Kuala Krai seperti biasa menjadi sesak. Bagaimana pun kesesakan menjadi lebih ringan dengan kehadiran anggota polis mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat untuk menuju ke Kota Bharu. Terima kasih untuk anggota polis yang bertugas. Selepas mengambil adik dan kakak ipar di stesen bas Kuala Krai kami tidak melengahkan masa untuk menikmati kelazatan sate Kuala Krai. Fuh… Sekarang perut saya sudah kenyang. Bagi yang belum mencuba, jemputlah ke Kuala Krai. Best…
Bergembiralah Peserta ‘Sehati Berdansa’
Kepada semua peserta rancangan “Sehati Berdansa”. Menarilah dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati anda. Menarilah dengan pelbagai
Monday, November 23, 2009
Mudah-mudahan Ini Bukan Pertemuan Terakhir

Ketika itu kami masih bujang. Banyak kenangan manis terlukis sepanjang persahabatan kami. Sepanjang mengenali Yus, tidak pernah sekali pun saya berasa terguris atau berkecil hati terhadap tingkahlaku atau tutur katanya. Yus memang dikenali sebagai seorang yang baik budi dan perilakunya di kalangan rakan-rakan. Yus adalah pendengar dan pengkritik setia sewaktu saya bertugas sebagai dj di radio RTM (KLFM dan Klasik FM) dahulu. Jika saya memerlukan rancangan kendalian saya itu dirakamkan, Yus menjadi tukang rakamnya. Jika saya memerlukan teman untuk menikmati deklamasi puisi di rumah pena, Yus menjadi penemannya.
Sebaik mengetahui berita itu, saya terus mengirimkan SMS kepadanya. Antara yang saya tulis dalam SMS itu berbunyi, "kita mungkin akan hanya bertemu beberapa kali sahaja sebelum kita mati. Atau mungkin tidak akan bertemu langsung". Kata-kata ini saya petik daripada sebuah cerpen saya yang tersiar di Mingguan Malaysia beberapa tahun lalu. Cerpen berjudul, "Meniup Angin Rindu" itu berkisar tentang keunggulan sebuah persahabatan yang dibina kerana Allah. Kata saya lagi, umur kita sebenarnya tidak panjang. Paling tinggi 10 atau 20 tahun lagi. Itu pun mungkin sampai atau mungkin tidak. Dalam tempoh sesingkat itu, kita mungkin akan hanya bertemu untuk beberapa kali atau tidak dapat bertemu langsung sebelum kita mati apabila masing-masing sudah pulang ke negeri asal. Jarak yang jauh dari satu negeri ke satu negeri yang lain tentu saja menjadi halangan paling besar untuk kita bertemu lebih mudah sebagaimana dahulu. Jadi, bukankah betul apa yang saya katakan itu? Bukankah selalu kita mendengar berita pemergian rakan-rakan yang jauh. Setelah berpisah, kita mungkin tidak dapat menemuinya lagi sehinggalah kita mendengar tentang berita

Alhamdulillah, pada Ahad, 22 November yang lalu, Yus dan isteri serta anak dapat memenuhi undangan saya yang menjemputnya ke rumah untuk merasai keenakan char kuew teow air tangan isteri saya. Pertemuan itu tetap menjadi sejarah. Adakah itu pertemuan terakhir atau sebaliknya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Kepada Yus dan isteri, selamat kembali ke kampung halaman dan bertugas di tempat yang baharu. Simpanlah segala pengalaman di KL dalam album kenangan sehingga ke akhir hayat.
Sunday, November 22, 2009
Sekolah Mula Bercuti Pada 21 November 2009

Merindui Penulis-Penulis Kelantan



Jumaat lepas Leo AWS bersama-sama seorang lagi teman saya, Salman Sulaiman (penulis muda yang semakin perkasa di pentas sastera) bertandang ke KL untuk menghadiri Pertemuan Penyair-Penyair Nusantara di DBP. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tugas dan urusan peribadi, sehingga kini saya masih belum berkesempatan menemui mereka yang menginap di Rumah Pena, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. Saya masih terkilan kerana belum sempat menamatkan kerinduan untuk bertemu mereka. Ahad malam Leo dan Salman akan pulang ke Kelantan. Mudah-mudahan saya akan dapat menziarahi Cikgu Leo dan rakan-rakan penulis yang lain apabila pulang bercuti ke Kelantan tidak lama lagi.