Pages

Wednesday, January 12, 2011

Aku dan Perasu

Kunjungan ke Sek. Keb. Perasu, Gua Musang kira-kira 15 tahun lalu masih hidup dan berdenyut dalam ingatan saya. Ketika masih bergelar guru pelatih di Institut Bahasa Kuala Lumpur (kini Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia), saya menyertai rombongan ke beberapa buah sekolah di Kelantan sambil mengadakan persembahan kebudayaan. Di Sek. Keb. Perasu, kami sempat mengadakan pertunjukan boneka.

Paling sukar di lupakan ialah keenakan luar biasa sajian makan tengahari yang disediakan untuk kami pada hari terakhir berada di sekolah yang terletak di tanah rancangan FELDA itu. Nasi panas yang dihidangkan dengan masakan kegemaran saya, asam pedas ikan sungai, ulam-ulaman dan budu melekat di kerongkong saya bertahun-tahun lamanya. Sejak dari itu, mengenang Perasu adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Perut tiba-tiba saja menjadi lapar, tekak mula mengidamkan lemak manis daging ikan sungai yang segar dan pejal, dimasak asam pedas atau dibakar.

Sejak dari itu juga mata saya sering memerhatikan papan tanda yang menunjukkan arah ke Sek. Keb. Perasu tatkala melewati jalan Gua Musang-Kuala Krai apabila pergi atau pulang dari Kuala Lumpur. Dan setiap kali terpandang papan tanda ke Perasu, kenangan-kenangan indah akan muncul dan menggamit tangan saya untuk melangkah lagi ke tanah Perasu yang dikelilingi bukit bukau dan sungai-sungai itu.

Hanya Allah Maha Berkuasa. Penempatan awal saya di Sek. Keb. Kuala Gris, Kuala Krai dan isteri di Sek. Keb. Seri Chiku 1, Gua Musang hanyalah sekadar perancangan manusia. Atas ihsan Jabatan Pelajaran Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang, setelah mempertimbangkan jarak antara kedua-dua sekolah berkenaan, akhirnya penempatan dipinda dan kami ditempatkan di satu sekolah iaitu di Sek. Keb. Perasu, Gua Musang. Tercapai juga hasrat saya yang terpendam sejak sekian lama untuk menjejakkan kaki semula ke Perasu. Rupa-rupanya, perkenalan saya dengan Perasu pada tahun 1995 menyimpan seribu satu rahsia yang hanya diketahui oleh Pencipta. Dan kita manusia akan di tunjukkan satu demi satu dengan perancangan itu apabila tiba masanya. Maha Bijaksana Allah!

Add ImageJalan masuk utama ke Perasu (berhampiran FELDA Chiku 1&2), terasa seakan menuju ke awan. Jarak antara FELDA Perasu ke Jalan Gua Musang-Kuala Krai hanya 12 kilometer.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Perasu.

Gunung Rabung sentiasa tersenyum memandang kami.

Kuaters guru Sek. Keb. Perasu

Menara telekomunikasi di Perasu.

Masjid di FELDA Perasu.

Hutan, bukit dan kabus amat peramah, menyapa sesiapa sahaja yang melalui jalan ke Perasu.

Jalan utama keluar dari Perasu.

Jalan alternatif keluar dari Perasu melalui Renok Baru.

6 comments:

  1. terima kasih sang rembulan. Kampung saya ni. Di sini saya membesar dan di sini bermula segalanya.... Perasuuuuuu!!! Tggulah kepulange anok mu ini dari rantauan... Ajis rindu sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupn, dh lama x brknjng..but this place still in my heart... mash ingat lagi wktu brsklh kt sini... then my father,must go to the town.. i feel so sad...

      Delete
  2. saye duk chiku o1,jalannya tak berubah smpai sekarang.penuh keindahan bukit bukau..rindunya..')

    ReplyDelete
  3. last pijak disini adalah 2003.Never went back after ...........

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan selamat sejahtera,
    saya pelajar dari universiti malaysia kelantan, jika tidak keberatan, saya mahu menanyakan kepada admin, apakah pekerjaan kebanyakan penduduk di felda perasu? adakah tertumpu 100% kepada pekerja ladang? harap admin dapat membantu saya.. terima kasih.

    ReplyDelete