Pages

Tuesday, September 28, 2010

Pulut Bertemu Durian

Kemunculan 2 bintang popular ke rumah saya malam semalam bagaikan 'pulut bertemu durian '. Alangkah enak, lemak dan manisnya pulut apabila bertemu durian. Itulah andaian yang boleh dikatakan tepat untuk menggambarkan pertemuan saya dengan Zahir (Ed) dan Suhaimi, rakan baik yang telah beberapa tahun tidak ditemui. Bagaimana pun pulut durian bagaikan tidak sempurna tanpa santan dan gula. Pertemuan ini banyak kekurangannya tanpa kehadiran rakan-rakan lain yang turut sama-sama mencipta kenangan di rumah bujang di Taman Lucky dan Taman Tan Yew Lai, Jalan Puchong seperti Zambri, Yus, Azhar, Din, Zahir Kasa , Awang, Pak Sheikh, Lenggong, Wan, Pak On dan lain-lain.


Ed (kiri) dan Mi (kanan) melemparkan senyuman manis untuk peminat-peminatnya (rakan-rakan yang terhibur dengan gelagat mereka). Ed bagaikan penghibur kepada kami. Kebolehannya menyanyikan pelbagai lagu, memetik gitar dan melawak, menjadikan penghuni rumah bujang tidak kering gusi dengan telatahnya. Sesekali saya terkenang pada telatahnya yang mungkin sudah tidak dapat disaksikan lagi kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri selepas berumahtangga. Namun, pertemuan singkat pada malam Isnin lalu, telah sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada kenangan lalu yang amat berharga itu.

Ed termenung mengenang masa lalu yang telah pergi meninggalkan kami. Mungkin itulah juga yang bermain di fikiran Suhaimi. Suhaimi, lelaki yang sentiasa tersenyum walau dalam keadaan apa sekali pun.

No comments:

Post a Comment