Pages

Saturday, March 27, 2010

Peluang Mungkin Kubiarkan Berlalu

Mek yang tersenyum dalam duka.

Ayah yang tenang menempuh ujian

Tahap kesihatan ayah dan mek semakin hari semakin merosot. Kini hari-hari yang mereka lalui semakin sukar dan mencabar. Oleh kerana sentiasa mengenangkan perihal kesihatan mereka. Saya terpaksa berfikir seribu kali untuk melangkah kembali ke dunia penyiaran yang amat diminati. Peluang yang telah dua kali mendatangi saya setelah lebih dua tahun meninggalkan bidang itu mungkin terpaksa dibiarkan berlalu begitu saja. Saya tidak sanggup melalui saat ketika saya dikehendaki bertugas, ketika itulah ayah dan mek yang bertarung kesakitan memerlukan saya di sisi.

Dari Taman Lucky ke Kg Pasir

Selamat tinggal kawanan tikus, gerombolan semut, lipas, air berkarat, dinding yang kusam, pendawaian yang usang, yang menjadi musuh ketat sepanjang lebih 3 tahun menjadi penghuni rumah teres 1 tingkat bernombor 43 di Taman Lucky, Jalan Puchong. Tarikh 31 Mac 2010 adalah tarikh perceraian kita dengan talak 3 yang amat bersejarah. Tak mungkin aku kembali lagi kepadamu wahai rumah yang pernah menjadi tempat tidur baringku, malah tempat aku menanam benih ke rahim isteri sehingga melahirkan dua orang putera kebanggaanku itu.

Walaupun masih terdapat sisa-sisa kasih sayangku terhadapmu kerana perkenalan kita agak panjang, iaitu semenjak aku masih bujang lagi, namun kesusahan yang telah kau berikan kepadaku adalah sesuatu yang amat tidak patut. Nanti akan kutinggalkan kau dengan seribu masalah yang membelenggu, kerana aku telah menemui cinta baruku. Inilah sebahagian daripada perjalanan hidupku. Dari Taman Lucky ke Kg. Pasir yang mampu memberikan aku sesuatu.

Sunday, March 21, 2010

Nyawa Tersangkut di Celah Pohon

Kemalangan maut di Jalan Kuala Krai Gua Musang pagi semalam (Gambar: Harian Metro)

Alhamdulillah. Saya dan keluarga selamat sampai ke KL kira-kira pukul 2.00 petang tadi setelah bercuti selama satu minggu di negeri kelahiran, Kelantan Darul Naim. Pulang dengan kerinduan dan kembali dengan harapan. Pelbagai kisah dan peristiwa yang digalas untuk diceritakan sedikit masa lagi melalui blog ini. Syukur tidak terhingga, kami selamat sampai, sedangkan ada beberapa nyawa melayang menemui penciptanya ketika kereta saya meluncur dengan lancar dan sempurna ke destinasi. Kemalangan demi kemalangan tercatat di sepanjang jalan antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Banyak nyawa tersangkut di celahan pohon. Banyak jasad bergelimpangan di sebalik rumput. Banyak jiwa berkecai di atas batu. Banyak darah mengalir ke bawah cerun.

Pagi tadi, ketika bersarapan di sebuah kedai di persimpangan menuju ke Dabong, saya mendengar berita kemalangan ngeri daripada seorang pemandu lori yang turut singgah bersarapan di situ. Katanya, dia sempat menyaksikan beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya. Tidak lama kemudian saya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Oleh kerana kejadian itu baru saja berlaku, saya sempat melihat kereta Honda Civic milik mangsa yang remuk teruk. Tidak dapat dibayangkan apakah nasib yang dialami oleh mangsa apabila melihat keadaan kereta yang sedemikian rupa. Rupa-rupanya ajal mereka menanti di Kilometer 51 Jalan Kuala Krai Gua Musang, berhampiran RKT Kesedar Paloh. Begitulah ajal, menanti untuk menyentap kita di mana-mana.

Sampai persimpangan ke Tanah Rancangan Ciku, saya membeli beberapa kilogram daging untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Saya menghargai pesanan seorang tua yang kebetulan turut berada di gerai menjual daging. Dia berpesan agar saya sentiasa berhati-hati memandu. Berita kemalangan yang tersebar kepada seluruh penduduk kawasan itu seperti amat menyetuh hatinya. Mungkin perasaan gerun dan ngilu mendengar mendengar berita sedih itu menguasai seluruh tubuhnya. Mungkin juga mengenangkan nasib ahli keluarga yang berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur menggunakan jalan yang sering kehausan nyawa dan darah itu.

Bukan sekali dua saya menyaksikan kesan-kesan kemalangan ngeri di jalan antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang sempit dan bengkang bengkok itu. Bukan sekali dua saya mendengar cerita dan membaca berita kemalangan dahsyat yang berlaku di jalan utama yang menghubungkan kasih sayang kami anak-anak Kelantan dengan ibu dan ayah itu. Dan bukan sekali dua saya mengharapkan pihak berwajib menyegerakan projek menaik taraf jalan yang telah sekian lama digunakan itu. Kondisi jalan yang sempit adalah penyumbang terbesar kepada kerapnya berlaku kemalangan ngeri.

Saya sering terbayang berapa banyakkah lagi nyawa yang akan melayang dan tersangkut di celah-celah pohon yang menahan bukit. Nyawa siapakah lagi yang sedang menanti giliran untuk bercerai dari badan. Yang pasti, nyawa dan jiwa pengguna-pengguna laluan ini. Siapa lagi kalau bukan mereka. Dan saya sekeluarga adalah antara pengguna setia yang tidak jemu-jemu menggunakan laluan ini. Kami mesti melaluinya demi rindu pada ayah dan ibu. Demi cinta setia pada tanah kelahiran. Semoga dijauhkan Allah daripada segala marabahaya.

Wednesday, March 3, 2010

Menanti Tarikh 6 Mac 2010

Tak sabar rasanya menuggu gugurnya pelepah hari 6 Mac 2010. Ketika itu, semua assigment telah berada di tangan pensyarah. Bagaikan gugur setangkai bebanan yang membelenggu di bahu saya. Dan blog ini akan kembali mengeluarkan buah yang lebat insya-Allah. Doakan, amin.

Saturday, February 20, 2010

SIS Cukuplah!

Sister's In Islam (SIS), cukuplah! Berhentilah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang paling mengarut dalam dunia. Kalau teringin sangat merasai sejauh mana panasnya api neraka, cukup hanya kalian. Tak perlulah berusaha mengheret orang lain lingkup bersama-sama. Satu lagi , harapan kebanyakan umat Islam di negara ini agar SIS mengambil tindakan segera menggugurkan nama 'Islam' pada pertubuhan yang keji, hina dan jijik itu. Jika tidak, kami akan terus loya dan muntah mendengar idea-idea bebal daripada kalian. Uwekkk...

Tuesday, February 16, 2010

Melepas Lelah di Sungai Gabai

Mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina pada 15 Februari 2010 baru-baru ini, saya sekeluarga bersama-sama dengan beberapa keluarga yang lain sempat melepaskan lelah di Sg. Gabai, Daerah Hulu Langat, Selangor. Rupa-rupanya bukan kami saja yang tidak mahu mensia-siakan peluang sempena cuti Tahun Baru Cina beberapa hari itu, tetapi peluang tersebut turut direbut oleh keluarga yang lain. Bagaikan menghadiri 'Pesta Bermain Air,' kawasan tersebut dipenuhi pengunjung di segenap penjuru.
Tanpa menghiraukan air sungai keruh atau jernih, Ahmad Wazif dan Ahmad Aakif leka berendam menyejukkan badan. Yang penat abah dan mama yang terpaksa melayan kerenah mereka.
Sahabat sehati sejiewa, Zaliza dan Zaliha.

Dari kiri, Ahmad Wazif, Tasnim dan Nazmi.

Monday, February 15, 2010

Kayuh Perlahan


Kayuhan saya di blog ini agak perlahan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Bukan kerana kekurangan tenaga, tetapi kerana mengejar banyak perkara. Walaupun belum kekurangan tenaga, namun lelahnya mampu membuatkan saya tercungap-cungap menyedut nafas.

Sunday, February 7, 2010

Blog Celaka! Tak Ada Akhlak!




Inilah gambar yang telah diubahsuai dan disiarkan dalam sebuah blog celaka! Tak ada akal! Tak Ada Akhlak! Perut dan hatinya penuh dengan TAHI. Akal fikirannya penuh dengan SAMPAH. Ya, Allah! Bukakanlah pintu hati pemilik blog ini untuk kembali ke jalanmu jika masih ada ruang untuknya bertaubat. Dan tunjukkanlah kekuasaan-Mu jika dia sengaja memilih untuk tidak kembali kepada-Mu. Amin.

Setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dunia walau sebesar zarah akan diadili seadil-adilnya pada hari pembalasan. Syurga atau neraka, adalah hentian terakhir setiap manusia.

Tuesday, February 2, 2010

Belasungkawa Ustazah Hajjah Kalsom


Al-Fatihah untuk allahyarhamah Ustazah Hjh. Kalthom Othman, mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang kembali ke Rahmatullah pada jam 1.30 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana diserang 'massive stroke'. Beliau yang pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1997 menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 61 tahun.

Sunday, January 31, 2010

Doa Apabila dinaikkan Pangkat

Ya, Allah! Jangan jadikan aku berasa besar dengan jawatan ini, sedangkan di sisi Mu aku sangat kecil.